Hidup sampai tua, belajar sampai tua merupakan pepatah daripada orang Cina, 活到老,学到老 di mana seseorang seharusnya sentiasa belajar dari semasa ke semasa (pembelajaran sepanjang hayat). Namun, salah satu kekangan bagi golongan yang sudah bekerja untuk mengikuti kursus adalah MASA. Kita bekerja 5 hari seminggu, dari siang sampai malam, biasanya ingin berehat dan meluangkan masa bersama dengan ahli keluarga pada hujung minggu. Bagaimana pula kita hendak mencapai pembelajaran sepanjang hayat? Dalam tutorial ini, saya ingin memperkenalkan satu platform di mana anda boleh belajar mengikut masa dan kesesuaian masing-masing tanpa risau tidak dapat mengikuti perkembangan pembelajaran. UDEMY - Satu platform pembelajaran atas talian yang BERBAYAR di mana pengguna boleh mendaftarkan akaun sendiri, kemudian memilih kursus-kursus yang anda ingin ikuti, membuat pembayaran dan kemudian boleh belajar mengikut kesesuaian masa masing-masing. Pautan: UDEMY - Platform Pembelajaran Atas Talian Berikut merupakan contoh paparan UDEMY dan kursus-kursus yang diikuti oleh saya:👇 Paparan utama UDEMY di mana pengguna boleh memilih kursus berdasarkan kategori Contoh kursus yang diikuti oleh saya, tahap pembelajaran juga dipaparkan dalam peratus Contoh kandungan kursus yang diikuti oleh saya, semua kursus dalam UDEMY disampaikan dalam bentuk video Berikut merupakan pandangan saya:
Kekuatan - Banyak jenis kursus yang boleh dipilih - Harga kursus yang berpatutan dan tidak membebankan (Harga promosi biasanya boleh dapat dalam USD9.99 bersamaan dengan RM40~ bagi satu kursus) - Boleh belajar di mana-mana dan bila-bila masa - Boleh memuat turun aplikasi dalam IOS / ANDROID, hanya perlu cari UDEMY di App Store ataupun Playstore dan meneruskan pembelajaran secara mobil - Pengguna boleh kaji dahulu ulasan daripada pengguna lain sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu kursus Kelemahan - Terdapat kursus-kursus yang telah ketinggalan zaman (terutamanya kursus bahagian IT) - Terdapat kursus-kursus yang tidak berkualiti (Pengguna kena rajin baca ulasan pengguna lain) - Sesetengah kursus memerlukan kos pendaftaran yang agak tinggi (kena tunggu promosi) Selamat maju jaya!
0 Comments
|
E-Portfolio Rakan-rakan Seperjuangan
1. Nur Khatizah 2. Nur Amanina 3. Nor Shahila 4. Noor Desiro 5. Nithiya 6. Nik Nurasyikin 7. Nur Hafizah 8. Yogeswary 9. Nalini 10. Rohanilah 11. Siti Sarah 12. Yap Sze Mian |