GOOGLE - Satu perkataan yang cukup dikenali oleh orang ramai. Saya percaya ramai yang akan merujuk kepada GOOGLE apabila ingin mengetahui sesuatu (termasuk saya 🤣). Namun adakah GOOGLE hanya berfungsi untuk mencari maklumat sahaja? Dalam tutorial kali ini, saya hanya akan berfokus kepada fungsi ENJIN PENCARIAN ataupun SEARCH ENGINE GOOGLE sahaja. Bagi fungsi-fungsi seperti Google Drive, Google Forms dan sebagainya akan diceritakan pada tutorial yang akan datang. 😎 ENJIN PENCARIAN (SEARCH ENGINE) GOOLE - Seperti namanya, ia berfungsi untuk mencari maklumat yang anda perlukan. Selain daripada menaip soalan anda pada ruang Google Search, anda juga boleh menggunakan fungsi-fungsi tersembunyi untuk mencari maklumat dengan lebih pantas dan efektif! Berikut saya akan memperkenalkan beberapa jenis pencarian yang akan memudahkan kerja pencarian maklumat ataupun dapat membantu dalam tugasan seharian anda! 1. KALKULATOR - Google boleh berfungsi sebagai kalkulator jika anda ingin membuat pengiraan tetapi tidak dapat mencapai kalkulator ataupun telefon pintar. - Cara penggunaan: Taip terus operasi Matematik ke Search Bar seperti ditunjukkan di bawah👇 - Keputusan seperti di bawah 👇 2. LAMBUNG DUIT SYILING - Adakah anda pernah melalui kesusahan dalam membuat keputusan? Salah satu cara yang sering digunakan untuk membuat keputusan adalah dengan melambung duit syiling untuk mendapat keputusan KEPALA atau EKOR (HEAD or TAIL). 🤣 - Jika anda kebetulan ingin membuat keputusan dengan melambung duit syiling dan tidak dapat mencapai dompet / duit syiling, anda boleh 'melambung' duit syiling dengan menggunakan GOOGLE SEARCH! - Cara penggunaan: Taip 'Flip a coin' 👇 - Keputusan seperti di bawah 👇 3. GULUNGKAN DADU (ROLL A DICE) - Fungsi ini boleh digunakan apabila anda memerlukan dadu semasa permainan Monopoly/Jutawan ataupun menjalankan aktiviti dalam kelas TETAPI anda TERLUPA membawa dadu! - Cara penggunaan: Taip 'Roll a dice' 👇 - Keputusan seperti di bawah 👇 4. MENJANA NOMBOR RAWAK (RANDOM NUMBER GENERATOR) - Fungsi ini sesuai digunakan apabila anda ingin memilih nombor secara rawak tanpa perlu menyediakan cebisan kertas kecil dan mencabutnya. - Cara penggunaan: Taip 'Random Number Generator' 👇 - Keputusan seperti di bawah: 👇 - Anda boleh menggubah nombor di ruang 'MIN' dan 'MAX' ikut kesesuaian masing-masing. Contohnya anda hanya ingin mendapat nombor secara rawak dalam kalangan 20 orang murid, anda boleh letak '1' pada MIN dan '20' pada MAX. Sekian sahaja tutorial pada kali ini, fungsi-fungsi GOOGLE yang lain akan diperkenalkan lagi pada tutorial-tutorial yang akan datang! 🤟
0 Comments
|
E-Portfolio Rakan-rakan Seperjuangan
1. Nur Khatizah 2. Nur Amanina 3. Nor Shahila 4. Noor Desiro 5. Nithiya 6. Nik Nurasyikin 7. Nur Hafizah 8. Yogeswary 9. Nalini 10. Rohanilah 11. Siti Sarah 12. Yap Sze Mian |