Dalam tutorial kali ini, saya akan berkongsikan cara-cara menggunakan aplikasi TELEGRAM dengan lebih efisien dan efektif! 1. CLOUD STORAGE Adakah anda tahu bahawa TELEGRAM juga berfungsi sebagai cloud storage yang PERCUMA? Pengguna-pengguna boleh memuat naik segala bahan (dokumen, gambar, video) ke sendiri (SAVED MESSAGES) dan bahan-bahan tersebut tidak akan luput / dibuang selagi perkhidmatan TELEGRAM masih berfungsi. Bahan boleh diletakkan di sini dan diakses pada bila-bila masa sahaja 2. VERSI DESKTOP Aplikasi TELEGRAM bukan sahaja boleh didapati di telefon pintar (IOS/Android), malah ia juga boleh didapati dalam versi Desktop (Windows, Mac & Linux) secara PERCUMA! Penggunaan TELEGRAM di telefon pintar dan komputer pada masa yang sama amat memudahkan pengguna! Terutamanya bagi pengguna yang ingin memindahkan bahan daripada TELEGRAM ke komputer. 3. KEBOLEHAN MENGHANTAR VIDEO & GAMBAR DALAM SAIZ PENUH Aplikasi TELEGRAM juga boleh digunakan untuk menghantar ataupun berkongsikan bahan video & gambar dalam SAIZ PENUH. Ini merupakan satu kekuatan TELEGRAM berbanding dengan aplikasi Whatsapp di mana penghantaran bahan video & gambar melalui Whatsapp akan memanpatkan (compressed) bahan dan menyebabkan bahan-bahan tersebut menjadi kabur (blurred - disebabkan saiz semula). Tips: Jika hendak menghantar bahan video & gambar dalam SAIZ PENUH, sila pastikan sentiasa pilih FILE. Contohnya seperti di bawah 👇 Fungsi-fungsi lain TELEGRAM akan dikongsikan pada tutorial yang akan datang!
Sekian sahaja perkongsian pada kali ini, selamat maju jaya!
0 Comments
|
E-Portfolio Rakan-rakan Seperjuangan
1. Nur Khatizah 2. Nur Amanina 3. Nor Shahila 4. Noor Desiro 5. Nithiya 6. Nik Nurasyikin 7. Nur Hafizah 8. Yogeswary 9. Nalini 10. Rohanilah 11. Siti Sarah 12. Yap Sze Mian |