GOOGLE FORMS merupakan satu aplikasi percuma daripada syarikat GOOGLE yang membenarkan penggunanya membina borang di atas talian. Contoh borang-borang yang boleh dibina: Borang soal selidik, borang pendaftaran acara dan sebagainya. Aplikasi ini lebih mudah dan menjimatkan banyak masa berbanding dengan penggunaan borang soal selidik ataupun borang pendaftaran secara manual. Selain itu, melalui aplikasi GOOGLE FORMS juga boleh membuat analisis responden yang telah menjawab borang anda secara automatik dan akan dipaparkan dalam bentuk diagram dan grafik. Jadi anda tidak perlu bersusah-payah untuk membuat analisis secara manual. Segala respons yang diterima di GOOGLE FORMS juga boleh dijana dan dikeluarkan dalam bentuk MICROSOFT EXCEL untuk tindakan susulan pengguna. Dalam tutorial kali ini, saya akan berkongsikan satu video pengajaran berkaitan dengan penggunaan GOOGLE FORMS untuk mengumpul data yang dihasilkan oleh pengguna Youtube, Simpletivity. Tujuan saya memilih video pengajaran ini adalah kerana ia menggunakan aplikasi GOOGLE FORMS yang terkini dan penjelasannya amat lengkap dan mudah difahami. Video Pengjaran Penggunaan Google Forms (How To Use Google Forms - Tutorial for Beginners
Kredit: Simpletivity
0 Comments
|
E-Portfolio Rakan-rakan Seperjuangan
1. Nur Khatizah 2. Nur Amanina 3. Nor Shahila 4. Noor Desiro 5. Nithiya 6. Nik Nurasyikin 7. Nur Hafizah 8. Yogeswary 9. Nalini 10. Rohanilah 11. Siti Sarah 12. Yap Sze Mian |