Sudah tentu menjadi kebiasaan guru-guru ditugaskan untuk menyediakan slideshow / video / montage yang akan ditayangkan pada majlis-majlis rasmi sekolah. Apa yang akan berlaku jika seseorang tidak mempunyai kemahiran dalam menyunting video disuruh untuk menjalankan tugas tersebut? Tentu pecah kepala memikirkannya. Dalam tutorial kali ini, saya akan memperkenalkan satu aplikasi PERCUMA untuk menghasilkan slideshow / video / montage TANPA memerlukan kemahiran komputer/menyunting yang tinggi. *** Contoh yang ditunjukkan mungkin berbeza kerana paparan yang berlainan bagi versi Android / IOS. SYARAT
QUIK merupakan perisian PERCUMA bagi IOS / ANDROID LANGKAH-LANGKAH MENGHASILAN SLIDESHOW / VIDEO / MONTAGE 1. Membuka aplikasi QUIK. 2. Menekan ikon + untuk memilih kandungan (gambar / video). *** Kebaikan aplikasi QUIK adalah gambar dan video boleh digabung bersama-sama untuk menghasilkan slideshow / video / montage. 3. Paparan seterusnya menunjukkan tema-tema yang boleh dipilih, anda boleh pilih tema mengikut kesesuaian masing-masing. Contoh tema yang dipaparkan di bawah: EPIC, RAW, LIGHT dan sebagainya. 4. Setelah selesai memilih tema, tekan ikon ➡️ (KETIGA) di bawah untuk masuk ke paparan EDIT. 5. Dalam paparan EDIT, tekan ikon PENSIL ✏️ untuk mengedit tajuk video. 6. Setelah selesai mengedit tajuk video, tekan ikon SAVE di kanan bawah untuk menyimpan hasil video ke dalam telefon bimbit anda.
0 Comments
|
E-Portfolio Rakan-rakan Seperjuangan
1. Nur Khatizah 2. Nur Amanina 3. Nor Shahila 4. Noor Desiro 5. Nithiya 6. Nik Nurasyikin 7. Nur Hafizah 8. Yogeswary 9. Nalini 10. Rohanilah 11. Siti Sarah 12. Yap Sze Mian |