Saya percaya majoriti pembaca blog ini mesti pernah menggunakan MICROSOFT POWERPOINT - perisian yang digunakan untuk mempersembahkan maklumat dengan menggunakan slides. MICROSOFT POWERPOINT sangat digemari dan banyak digunakan oleh orang ramai, mahupun daripada individu sehingga golongan profesional. Untuk menghasilkan satu persembahan POWERPOINT adalah mudah tetapi adakah hasil tersebut berjaya menyampaikan mesej dan menyalurkan maklumat yang kita nak sampaikan? Saya juga percaya bahawa pengguna mesti menghadapi masalah untuk mereka bentuk slide POWERPOINT supaya ia nampak lebih menarik dan percayalah, ini bukan satu proses yang mudah. Walaupun program MICROSOFT POWERPOINT turun menawarkan pelbagai jenis templat yang sedia ada untuk memudahkan tugas kita, tapi adakah templat yang sedia ada cukup memuaskan? Dalam tutorial kali ini, saya ingin berkongsikan cara-cara mendapatkan templat POWERPOINT yang menarik dan paling penting, PERCUMA!!! LANGKAH-LANGKAH MENDAPATKAN TEMPLAT POWERPOINT DENGAN PERCUMA 1. Layari laman web ini : www.presentationgo.com Paparan utama PRESENTATIONGO.COM 2. Boleh pilih mengikut kesesuaian masing-masing berdasarkan jenis templat (RUJUK PANEL DI ATAS - TEMPLATES, CHARTS & DIAGRAMS, TEXT & TABLES dan sebagainya) atau Rujuk kepada jenis template ikut kesesuaian DI SEBELAH KIRI LAMAN WEB. Anda boleh pilih mengikut kesesuaian masing-masing 3. Setelah selesai memilih, anda boleh membaca dahulu butir-butir berkaitan dengan templat yang dipilih. Contoh seperti di bawah: 4. Jika templat yang dipilih menepati kehendak anda, boleh klik pada ikon FREE untuk muat turun.
***Terdapat 2 jenis saiz pilihan, iaitu Standard (4:3) ataupun Widescreen (16:), anda boleh pilih berdasarkan kesesuaian & kehendak masing-masing.
0 Comments
|
E-Portfolio Rakan-rakan Seperjuangan
1. Nur Khatizah 2. Nur Amanina 3. Nor Shahila 4. Noor Desiro 5. Nithiya 6. Nik Nurasyikin 7. Nur Hafizah 8. Yogeswary 9. Nalini 10. Rohanilah 11. Siti Sarah 12. Yap Sze Mian |