Selain daripada MICROSOFT WORD dan MICROSOFT POWERPOINT yang sering kita dengar, MICROSOFT EXCEL juga amat popular dalam kalangan pengguna yang sentiasa bekerja dengan nombor dan data. MICROSOFT EXCEL merupakan satu perisian spreadsheet elektronik yang digunakan untuk menyimpan, mengatur dan menganalisis data. Perisian ini menggunakan formula untuk melakukan sebarang kerja analisis data. Dalam tutorial kali ini, saya hanya akan memperkenalkan DUA formula yang paling asas iaitu SUM (penambahan) dan AVERAGE (purata). 1. SUM (JUMLAH) - Kegunaan: Untuk jumlah data-data yang dipilih. - Formula: =sum(xx:xx) - Nilai xx dalam formula adalah cell data. - Contoh seperti berikut: 👇 Formula: =sum(C6:C19) Taksiran: Penambahan data daripada Cell C6 sehinggan Cell C19. Setelah memasukkan formula, tekan ENTER untuk memaparkan keputusan. 2. AVERAGE (PURATA) - - Kegunaan: Untuk mencari purata data-data yang dipilih. - Formula: =average(xx:xx) - Nilai xx dalam formula adalah cell data. - Contoh seperti berikut: 👇 Formula: =average(C6:C19) Taksiran: Penambahan data daripada Cell C6 sehinggan Cell C19. Setelah memasukkan formula, tekan ENTER untuk memaparkan keputusan. Sekian sahaja untuk tutorial kali ini, anda juga boleh merujuk kepada video berikut untuk mempelajari formula asas MICROSOFT EXCEL yang lain: BONUS: Anda boleh memuat turun Tapak Analisis Akademik yang pernah saya bina untuk kegunaan sekolah dan mengkaji formulanya. Tiada kata laluan yang dikenakan pada semua sheets, jadi anda boleh tukarkan kepada unprotected sheet dan menerokai formula dalam tapak ini dengan bebas!
Pautan: Tapak Analisis Akademik (Dihasilkan oleh ALEX)
0 Comments
|
E-Portfolio Rakan-rakan Seperjuangan
1. Nur Khatizah 2. Nur Amanina 3. Nor Shahila 4. Noor Desiro 5. Nithiya 6. Nik Nurasyikin 7. Nur Hafizah 8. Yogeswary 9. Nalini 10. Rohanilah 11. Siti Sarah 12. Yap Sze Mian |